Pekerja Kurang Ajar dan Tiada Adab
Saya ingin membuat aduan terhadap pekerja 7 Eleven di Cawangan Pudu, Kuala Lumpur. Staff Perempuan berbangsa Melayu badan tinggi, gemuk dan besar..Semasa saya membuat pembayaran di Kaunter saya hanya memeriksa Expiry date Roti dan Wafer yang saya beli. Sewaktu memulangkan wang baki dia mula menunjukkan air muka yg sangat kurang ajar, sambil menghempas duit baki pembayaran serta menghempas mesin Cashier. Selepas itu dia mula meninggikan suara dan berkata "EH! Tak matilah makan Roti Expired tu"! Saya dan anak Perempuan saya keluar dari kedai 7Eleven staff 7Eleven masih mengeluarkan kata2 kesat sehingga mengekori kami sehingga di luar kedai 7E. Staff 7 Eleven di Cawangan Pudu ini, sangat biadap dan tiada etika ketika brtugas meninggikan suara terhadap pelanggan hanya kerana saya ingin memeiksa tarikh luput pada Roti dan Wafer Chocolate sahaja. Syarikat 7 Eleven Malaysia harus mengambil tindakan terhadap pekerja ini. Perkara ini tidak harus berlaku 7Eleven harus memberikan training kepada Staff sebelum mereka bekerja di kaunter cara2 bagaimana cara menghormati pelanggan. Cara bercakap dengan pelanggan. Pekerja tersebut juga sibuk dengan telefon bimbit ditangan dan seolah2 tiada perasaan mahu bekerja. 7 Eleven harus siasat pekerja Perempuan ini dia memakai tudung kelabu dan uniform 7 Eleven. Pekerja ini tersangat biadap dan kurang ajar. Tindakan harus diambil.