Semalam (9/3/2017) pagi KFC Damansara Damai. Saya buat Pesanan Ayam, Nugget dan fun fries, Ayam saya pesan 2 spicy dan 1 original. tetapi apa yang saya dapat kesemuanya original.
Saya terpaksa menunggu agak lama untuk memperolehi pesanan yang disebabkan staf yang menyediakan pesanan hanya seorang sahaja dan staf yang mengambil pesanan juga seorang. pelanggan terpaksa beratur agak panjang dan lama untuk membuat pesanan.
ketika saya sedang menunggu pesanan saya, terdapat pelanggan yang terpaksa datang kembali kerana staf terlupa untuk bagi nasi.
Diharap pihak KFC dapat mengatasi masalah ini dan jika pihak KFC tidak mampu untuk menambah bilangan pekerja lebih baik cawangan di damansara damai ditutup buat sementara waktu.
Sekian...