Aduan Berkaitan Pengurusan Cara Kerja Terhadap staf
Assalamualaikum&selamat sejahtera.
Mohon ambil tindakan pada manager KFC(Madam Salmah)cawangan Aeon Station18 Pasir Putih,Ipoh Perak kerana telah membuang staf bernama Mohd Jamirul Syafik tanpa beri apa apa notis.
Saya dimaklumkan juga selama beliau bekerja,beliau tidak pernah mengetahui status pekerjaan yang beliau buat iaitu samaada bekerja sepenuh masa ataupun separa masa dengan tidak beri kertas hitam putih mengenai kerja nya&semalam juga manager tersebut telah buang staf nya atas kerana staf tersebut meminta payslip gaji beliau selama bekerja bermula dari awal ramadhan lepas sehingga sekarang tetapi manager tidak pedulikan hingga memarahi staf tersebut atas sebab di atas&seterusnya tanpa berlaku apa kejadian pihak manager telah menghalau nya dari kfc tersebut&pagi ini namanya telah di buang tanpa sebab munasabah termasuk dikeluarkan dari group KFC Aeon Station18 tersebut.
Saya dimaklumkan juga yang staf ini ada beritahu pada saya yang selama bekerja beliau langsung tidak pernah dapat gaji penuh seperti staf yang lain hingga didapati terdapat perbezaan gaji antara beliau staf baru dan juga staf lama.
Jadi saya sebagai rakan,memohon supaya tindakan tegas di ambil kerana manager tersebut tidak menunjukkan mutu kerja seeloknya hingga membuang sesuka hati.
Sekian,Terima Kasih