Bad service
Pada 21 april 2017 hari jumaat lebih kurang jam 10.30pm,saya telah pergi ke restoren pizza hut di Malim Jaya Melaka.saya telah ke kaunter pembayaran untuk bertanyakan mengenai bocer tunai pizza RM5.Seorang staf telah memberitahu bahawa bocer tersebut boleh tebus hanya untuk makan disitu,tapi tidak boleh untuk bungkus.ok la,saya faham.saya pun keluar dari kedai tersebut dan memanggil isteri dan anak2 saya keluar untuk makan disitu.Tetapi malang nya,bila kami masuk dan hendak membuat tempahan,seorang staf lelaki yang bertugas dikaunter tersebut telah memberitahu bahawa tempahan telah ditutup sedangkan ditingkat atas,saya masih nampak ramai pelanggan masih makan.Bila dia cakap macam tu,saya faham kalau dia dah tak nak ambil tempahan untuk makan disitu lagi.Saya pun membuat andaian kepada staf tersebut untuk menukarkan bocer untuk bungkus sahaja.Mereka kata tak boleh.Dan membuat keputusan sendiri dengan memberitahu saya yang bocer tunai tersebut telah tamat tarikh pada 21.4.17.Pengurusan jenis apa ni kalau tak boleh nak bersikap lebih kurang dengan pelanggan dan sanggup bertikam lidah dengan pelanggan???bertindak tanpa budi bicara dahulu??saya harap pihak pengurusan atasan pizza hut ambil tindakan kepada store tersebut.Jikalau tidak mengambil tindakan,saya akan viralkan dilaman sosial.Saya akan pergi ke store berkenaan untuk lihat sendiri adakah staf tersebut masih bekerja lagi.Staf yang macam ni la yang boleh menjatuhkan sesebuah perniagaan.