Submit a Complaint

KFC Malaysia

Malaysia

Consumer complaints and reviews about KFC Malaysia

Nini melon Send email
 
Aug 9, 2017

Pekerja mulut kurang ajar

Pekerja kfc di bandar baru selayang kurang ajar..terutama cashier..baru jam 9 malam tapi ayam, burger semua xdea..ayam pon ad bahagian kepak dan drumstik..manager sepatutnya alert mengenai perkara ini..perkara ini tidak sepatutnya terjadi jika manager2 alert padai isu ayam yang cuma ad bahagian kepak..bukan pada customer malam yang menghabiskan ayam bahagian kepak yang dimasak wktu pagi..closing jam 11 malam tapi jam 9 malam semua makanan pon xsediakan..kami penat beratur bila sampai di kaunter apa yang kami pesan habis..kepada cashier yang bekerja pada 9 august waktu 9 malam anda sepatutnya lebih mesra dan layan pelanggan dengan mesra..bila customer xpuas hati atas layanan yang diberikan kami berhak mengutarakan apa yang kami tidak puas hati..manner your langguange pada kami, customer..
sitiaishah Send email
 
Aug 8, 2017

FOOD POISONING

Pada 5/7/2017, saya dan keluarga saya telah pergi ke KFC Setia Tropika Johor Bahru pada lunch hour. Sy telah memesan 2set yg mmpunyai 2ketul ayam bersama semangkuk nasi & coselaw. Ketika saya sedang menikmati Coselaw pada saat-saat akhir, saya mendapati rasanya terlalu pahit sehingga saya terus meludahkannya semula. Apabila tiba waktu petang, perut saya berasa sangat sakit dan saya telah keluar masuk ke tandas berkali-kali. Saya telah muntah sehingga tiada isi di dalam perut saya. Saya berasa amat sedih dan kecewa dengan pengalaman yang saya rasakan pada hari tersebut. Badan saya lemah dan tiada selera makan pada keesokan harinya. Saya berharap agar pengurus yang bertugas haruslah menitikberatkan tentang kepentingan 'food safety', periksa tiada satupun expired produk di dalam restoran dan produk yang ingin dihidangkan mestilah mempunyai 'holding time' agar pelanggan mendapat produk yang berkualiti dan mengikut gold standard. Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi. Sekian, terima kasih.
amadfisha Send email
 
Aug 5, 2017

Makanan KFC habis

Saya ke KFC Bukit Jelutong pada pukul 10.20 mlm, 5 Aug 2017. Di pintu KFC tertera waktu perniagaan sehingga pukul 11 malam. Pada ketika saya sampai, pekerja mengatakan semua sudah habis. Tiada satu makanan kfc pun yg ada di kaunter untuk dibeli kerana pekerja mmg senang sibuk berkemas utk menutup kedai. Kaunter juruwang semua sudah tutup dan mula mengira wang. Berbeza dgn kfc cawangan lain yg akan menerima pesanan walaupun jam menghampiri 10.45. Pihak pentadbiran kfc sila buat pemantauan!
Nur Faezah Send email
 
Aug 5, 2017

Pekerja KFC Bermasa Muka ketika service customer

Situasi ini berlaku di KFC, Persiaran Kayangan, Jalan Plumbum 2-7/2, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 40000 pada 5 Ogos 2017, pukul 4.30 petang. Saya dan 2 kawan saya dilayan kurang mesra dengan pekerja perempuan yang bernama NORIZAN. Ketika itu, pekerja tersebut berada di kaunter 3. Sepanjang kami berada di kaunter 3 itu, pekerja NORIZAN ini melayan kami dengan bermuka masam. Pada masa itu, saya ingin memilih set A Super Jimat Box, tetapi dia mengatakan bahawa set tersebut sudah tiada dengan exspresi muka masam. Selain itu, ketika dia hendak mengembalikan duit baki, saya sudah hulur tangan terlebih dahulu untuk menerima baki tersebut, tetapi pekerja NORIZAN ini letak duit baki saya atas meja kaunter dan beredar untuk mengambil makanan. Jika saya lelaki saya boleh memahami, tetapi saya perempuan, jadi bagi saya tindakan NORIZAN itu sangat kurang ajar dan tidak beradab terhadap pelanggannya. Saya berharap pihak KFC dapat mengambil tindakan ke atasnya, agar perbuatan beliau tidak diulangi ke atas pelanggan yang lain pada masa akan datang. Terima kasih.
Nur Faezah Send email
 
Aug 5, 2017

Pekerja KFC Bermasam Muka

Situasi ini berlaku di KFC, Persiaran Kayangan, Jalan Plumbum 2-7/2, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor 40000 pada 5 Ogos 2017, pukul 4.30 petang. Saya dan 2 kawan saya dilayan kurang mesra dengan pekerja perempuan yang bernama NORIZAN. Ketika itu, pekerja tersebut berada di kaunter 3. Sepanjang kami berada di kaunter 3 itu, pekerja NORIZAN ini melayan kami dengan bermuka masam. Pada masa itu, saya ingin memilih set A Super Jimat Box, tetapi dia mengatakan bahawa set tersebut sudah tiada dengan exspresi muka masam. Selain itu, ketika dia hendak mengembalikan duit baki, saya sudah hulur tangan terlebih dahulu untuk menerima baki tersebut, tetapi pekerja NORIZAN ini letak duit baki saya atas meja kaunter dan beredar untuk mengambil makanan. Jika saya lelaki saya boleh memahami, tetapi saya perempuan, jadi bagi saya tindakan NORIZAN itu sangat kurang ajar dan tidak beradab terhadap pelanggannya. Saya berharap pihak KFC dapat mengambil tindakan ke atasnya, agar perbuatan beliau tidak diulangi ke atas pelanggan yang lain pada masa akan datang. Terima kasih.
Karim Pin Send email
 
Aug 5, 2017

Tidak menepati waktu perlaksanaan sarapan pagi

saya ingin membuat aduan tentang perlaksanaan waktu breakfast di kfc merlimau yang sepatutnya tamat jam 11.00 sebagai mana yang tertera pada dinding di kaunter malah ditulis lagi di luar dinding restoren kfc tapi kenapa apabila saya datang jam 10.50 pekerja kfc kata dah tiada..dah masuk waktu lunch...harap boleh tepati masa atau ubah sahaja waktu kalau tak boleh buat sehingga jam 11.00...sekian.
mogan Send email
 
Jul 31, 2017

Layanan yang tidak mesra

Saya ingin membuat aduan layanan yang tidak mesra oleh pekerja di KFC Giant Senawang,Nama staff Ms. ALIA ( 30/7/2017 10.00pm semasa saya menunggu untuk menerima pesananan saya di kaunter sebelah, beliau bertanya dah orderke dengan nada suara yang tinggi, dan kurang ajar .Selain itu semasa saya menungu di barisan selama 35 minit saya ada perhatikan beliau tidak senyum dan tiada langsung ucapan TERIMA KASIH malah melayan kami sebagai pembeli ni seperti peminta sedekah. Sedangkan kami bayar dan punca rezeki mereka juga dari pembeli. Tanpa pembeli yang sabar dgn layanan buruk mereka, KFC. Saya ada menghubungi penyelia cawangan yang bernama Akmal dan memberitahu tentang hal ini.
Harap pihak yang bertanggungjawab sila memastikan pekerja ini memperbaiki cara layanan terhadap pelanggannya. terima kasih
Nurul faqih Send email
 
Jul 30, 2017

Layanan kurang adab

Saya ingin membuat aduan tentang pekerja yang bernama faizah di cawangan tangkak. Cara dan percakapan yang kurang adab amat mengecewakan saya sebagai pelanggan. hanya kerana bertanya adakah boleh untuk menukar pesanan dibalas dengan riak wajah yang jelik dan percakapan yang tidak puas hati membelakangkam saya . Saya mendengar setiap apa yang dituturkan. Harap pihak yang bertanggungjawab sila memastikan pekerja ini memperbaiki cara layanan terhadap pelanggannya. terima kasih .
Ace Mei Kee Send email
 
Jul 29, 2017

Lack of experience

The KFC in Tambun just opened few days ago,I went there to take away few hours ago. I ordered B and C of bucket berbaloi, I told the worker that I wanted 15 original chicken and 9 scipy chicken, and I mentioned that I do not want any chicken wing. He said I have to wait for about 30 minutes and maybe it would be 2 or 3 chicken wings. I said it's fine as long not most of them are chicken wings. But when I went back, it came out all of the chciken are spicy and I bought them cause it's kid's birthday and most of them are kids. And because of spicy most of them can't eat. And most of them are chicken wings! This list wrote clearly how many original and spicy chicken but it came out different. I don't think this is okay for me. I could say that the workers did not train at all and lack of experiences. KFC in Tambun is definitely low standard. The worst is do the workers know how to read? This is a total disaster.Thanks to them, I'm not gonna buy any food and stuff at kfc again.
Kakchik Send email
 
Jul 26, 2017

Kedekut tisu dn sos

Sy kecewa dgn staff perempuan kfc tg gemok, rompin..yg seringkali lupa untuk masukkan tisu,sos dn sudu kpd pelanggan yg take away..klau bli set yg ada nasi nk mkn mcmna??? Time tu bkn nk mkn kt umah..rushing so nk mkn ats keta otw g antar ank ke sekolah agama..
Bayangkan bli tuk mkn dgn ank2 masuk keta tgk paket sos,sudu n tisu satu pn xde...xkn setiap kali nk kna check sblm pulang..dh kena bbrapa kali..tgk kt rak bersusun paket sos n tisu tp kedekut nk bg pelanggan..buat display je rupanya..sekian..hrp staff lbh peka dgn mslh ni..
Kamesh Prasana Send email
 
Jul 24, 2017

Bad/Stupid Service for customers

Yesterday(23/07/17) i ordered for 1 zinger burger 1 colonel burger 1 cheesy wedges..But i received was 2 zinger burger 2 wedges without cheese and 2 cans of water..it's really disappointing me a lot..i really got fed up of your service..not only this, but yesterday i ordered 2 times in kfc for delivery..first time i applied for paying by credit card ..but kfc deducted my money and says an error occurred please try again later. How come the system is so silly..Cannot deliver the food but simply deducting one's money..I called ur branch and complained about it..They said they will bank in within 7 days. So, i agreed for that. After that for second time i ordered and applied for paying by cash..at these time i received wrong food..Maybe it's my fault not seeing what u delivered first of all but still its disappointed me a lot..1 day 2 incident.. Hope so i receive my money correctly..If i never receive anything within 7 days, i will take action on kfc on delivery .Hope so you understand your customer's feeling.
Hendricks Send email
 
Jul 19, 2017

Small chicken size/salty original flour/chicken not hot

When i was at KFC Mahkota parade, ive ordered the combo meal for dine in and theres no Spicy chicken except for only the wings? They told me ill have to wait for 20minutes if i want the Spicy chicken! unless if i want the Original then i can get it right away. So with no choice of my hungry stomac i have to take the Original chicken. Im very disapointed with the size of the chicken is do damn small, feeling of the chicken its not crispy at all because its not hot anymore (war), the taste was horribaly salty and even my parents complain it to me.

I hope your managers do maintain the standarts serving the foods and make sure chicken are ready before your customers place order, dont make your customer to wait for food thats not the way how an internation brand serve its cusomers. Basicly i go to KFC mainly for the Spicy chicken so can you imagine i have to choice when im paying for what i want? 20 minutes to wait for spicy chicken? It dont make sense.

Do something before you lost more of your customers. Especially the chicken size in KFC mahkota parade.
Ill give a tumbs up👍 for KFC Giant (Batu berendam) for serving such great size and hot crispy chicken. Maintain every restaurant with the same standarts please.
Tee Chun En Send email
 
Jul 18, 2017

Delay of delivery

Delay almost 2 hour for my order ! keep calling hotline centre but both of them are telling me that deliver status is ON THE WAY !
And I have call to branch Tesco Shah alam and get contact number but they say will check on it and call back but never!!!

Too disappointed with this rubbish service! never and ever!
nr.adahh Send email
 
Jul 17, 2017

pekerja tiada adab

kecewa dengan salah seorang pekerja wanita melayu bertudung di cawangan kfc tersebut yang tidak menghormati pelanggan serta tidak melayan pelangan dengan elok. semasa saya mahu memesan makanan pada pekerja tersebut (maaf, saya lupa untuk melihat tag namanya) dia rancak bersembang bersama rakannya, dan apabila sedang memesan makanan, pekerja tersebut melayan dengan cara agak kasar serta meninggikan suara dan tidak langsung mahu senyum pada pelangan. saya berkata untuk tidak mahu ayam bahagian dada pada pekerja tersebut dan dia terus meninggikan suara pada saya dan menarik muka, 2 kali saya pergi ke kfc yang sama, 2 kali juga saya kena perkara yang sama dengan pekerja sama, sejak itu saya tidak lagi pergi kesana. setahu saya, pelangan boleh untuk memilih ayam kerana mereka bayar bukan minta free ! selain dari cawangan kfc tersebut yang saya pernah pergi mereka membenarkan saya untuk memilih ayam tanpa melayan dengan kasar. saya tidak kisah jika pekerja tersebut tidak membenarkan saya memilih ayam , sekurang-kurangnya dia patut melayan pelangan dengan elok serta berkata dengan elok, saya akan faham. saya berharap pihak atasan dapat memberikan teguran pada pekerja tersebut kerana saya berasa amat kecewa.
Kristian Send email
 
Jul 13, 2017

NOT FAST FOOD AT ALL

There are 2 customers queue before me. I had wait for about 10+minutes to reach my turn. I am not understand these two customer's ordered only a few set not a big quantity, but the person incharge of that counter was packing really slow. When reached my turn. I had order two loaded potato bowl,she ask to wait for 5 minute. While waiting, I really not understand what are the other wokers doing😑. They still can chating to each other while they are packing. If their speed for service are fast I can forgive but their service aredy very slow. And I had wait more than 5 minute.
amlaki Send email
 
Jul 13, 2017

Kesilapan Kakitangan KFC Cheng Melaka

Kepada pihak Pengurusan KFC, Pada Rabu 12/7/2017, saya sekeluarga yang terdiri dari saya dan isteri bersama 4 orang anak yang berusia antara 5 tahun hingga ke 5 bulan telah berkunjung ke restoran KFC Tesco Bandar Cheng, Melaka yg terletak di dalam pasaraya besar Tesco Cheng, Melaka. Kami tiba di dalam restoran lebih kurang jam 7.30 petang dan memilih untuk duduk berhampiran tempat membasuh tangan yang juga berdekatan dengan kaunter jualan. Saya bersendirian telah membuat pesanan sementara ahli keluarga yang lain menunggu di meja. Sewaktu di kaunter, pada waktu itu tiada pelanggan lain kecuali saya seorang. Saya telah membuat pesanan di Kaunter No.2 dan dilayan oleh kakitangan bernama Zakirah. Saya telah memakluman dengan jelas pesanan saya iaitu :
- makan di restoran
- hidangan set Bucket Kongsi 9 ketul ayam
- ayam original recipe dan perlukan 3 ketul ayam bahagian peha

Kakitangan Zakirah telah mengambil pesanan saya dan memaklumkan :
- set Bucket Kongsi telah kehabisan stok air Lipton Teh Ais Limau dan akan menggantikan dengan pilihan lain iaitu sama ada air botol Pepsi 1.5 liter atau air Lipton Teh Ais Limau yang diisi di dalam cawan besar sebanyak 3 cawan.
- ayam goreng original recipe sudah kehabisan dan sedang di masak. Saya perlu menunggu selama 15 minit jika masih mahukan ayam goreng original recipe.

Saya telah memilih untuk mengambil air Teh Ais Limau di dalam 3 cawan besar dan sanggup menunggu selama 15 minit bagi ayam goreng original recipe. Sewaktu pengesahan pesanan, terdapat seorang lagi kakitangan yang tidak diketahui namanya turut mengesahkan pesanan saya. Apabila bayaran telah dibuat, saya hanya di berikan resit dan diminta menunggu tanpa di berikan nombor giliran menunggu. Kakitangan Zakirah juga menyuruh saya duduk dahulu sementara menunggu ayam goreng siap di masak tanpa memberikan saya apa-apa hidangan atau air minuman untuk di bawa ke meja. Saya beranggapan bahawa kakitangan tersebut akan menghantar semua hidangan saya sekaligus bersama ayam goreng kemudian. Oleh itu, saya terus ke meja dan menunggu pesanan di hantar. Selepas 15 minit menunggu, tiada hidangan yang di hantar kepada kami hatta air minuman. Saya bersangka baik dan memberikan masa tambahan menunggu selama 10 minit lagi dengan anggapan ayam goreng tersebut masih belum siap di masak. Selepas habis tempoh 10 minit, hidangan kami masih belum diterima. Saya masih bersangka baik dan memberikan tambahan masa lagi 5 minit kerana waktu itu saya lihat ramai pelanggan berada di kaunter jualan. Jadi saya beranggapan mereka tidak mempunyai cukup kakitangan untuk menghantar pesanan ke meja kami.

Di dalam tempoh menunggu dalam tempoh 30 minit itu, saya mendapati :
1. Kakitangan yang bertugas di bahagian pembersihan hadapan tidak bekerja. Sebaliknya beliau hanya duduk berehat di sebelah meja kami. Malahan sewaktu kakitangan di kaunter memanggil untuk bantuan penghantaran, dia tidak mengendahkannya dan terus duduk di situ. Adakah pihak pengurusan KFC menyediakan kerusi dan meja di restoran untuk kakitangan duduk berehat dan bukan untuk kegunaan pelanggan?
2. Pengurus yang bertugas telah ke tandas dan kami dapat lihat dengan jelas kerana pintu keluar masuk ke dapur restoran berdekatan dengan meja kami. Pengurus tersebut telah meminta kakitangan di kaunter memberikannya tisu restoran untuk di bawa ke tandas. Tisu di kaunter itu juga yang disediakan pihak pengurusan KFC untuk diberikan kepada semua pelanggan untuk mengelap mulut. Adakah pihak pengurusan KFC menyediakan tisu tandas kepada pelanggan untuk mengelap mulut kami?
3. Pengurus bertugas dengan jelas nampak kami sekeluarga sedang duduk menunggu pesanan dihantar. Perjalanannya sebelum ke tandas dan selepas pulang dari tandas, boleh nampak dengan jelas meja kami masih kosong tanpa hidangan. Apakah standad prosedur KFC untuk tugas pengurus restoran terhadap pelanggan? Adakah pengurus tidak mempunyai tanggung jawab untuk setiap pelanggan yang makan di restorannya?

Selepas 30 minit, saya menuju ke kaunter untuk bertanya tentang hidangan kami. Apabila saya bertanya kepada kakitangan Zakirah, dia pun menunjukkan beberapa beg plastik yang berisi hidangan yang diletakkan di tepi kaunter jualan dan mengatakan itu ialah hidangan kami. Saya merasa kecewa, marah dan tidak berpuas hati dengan cara kerja kakitangan terbabit. Kakitangan Zakirah menjelaskan dia tidak nampak saya berada di mana dan membiarkan sahaja hidangan tersebut di situ sehingga saya datang mengambilnya. Dia juga menyatakan dan menyangkakan saya membuat pesanan untuk membawa pulang. Penjelasan tersebut tidak memuaskan hati saya dan saya bertindak menyuruhnya memanggil pengurus restoran.

Pengurus restoran bernama Amira menyatakan dia memang ada nampak kami di tempat duduk sambil menunggu tetapi tidak bertanyakan apa-apa kerana dia tidak nampak sebarang nombor giliran panggilan. Melalui semakan resit, Pengurus Amira juga mengesahkan bahawa pesanan kami adalah makan di restoran. Pengurus Amira dan kakitangan Zakirah memang ada memohon maaf atas kesilapan yang berlaku. Pengurus Amira juga ada memberikan kami sudu, cawan kecil dan tisu dengan kuantiti yang lebih dari kebiasaan dan menyuruh kami duduk untuk menikmati hidangan. Disebabkan anak-anak saya dah kelaparan, maka saya membuat keputusan untuk makan di restoran tersebut walaupun masih dalam keadaan marah. Saya mengharapkan ada permohonan maaf susulan dari pihak restoran kepada kami. Namun begitu, sehingga selesai kami makan tiada apa-apa lagi tindakan dari pihak restoran.

Berikut adalah persoalan saya untuk pihak pengurusan KFC :
1. Apa akan berlaku sekiranya saya tidak bangun dan bertanya tentang hidangan kami? Adakah pihak restoran akan terus menunggu sehingga saya muncul kembali di kaunter untuk mengambil hidangan?
2. Bagaimanakah prosedur standard KFC di dalam permohonan maaf kepada pelanggan atas kesilapan pihak KFC sendiri? Adakah denga selain meminta maaf,memberikan 'buah tangan' termasuk 'tisu tandas' kepada pelanggan dengan harapan kami sejuk hati dan terima seadanya?
3. Bagaimanakah prosedur kerja yang menjadi standad kerja KFC? Sebuah syarikat antarabangsa seharusnya mempunyai cara pengurusan yang tidak akan terlepas pandang pesanan dari pelanggan.
4. Apakah hak saya sebagai pelanggan untuk kesilapan yang dilakukan oleh pihak KFC sendiri? Adakah begitu prosedur kerja KFC meminta maaf kepada pelanggan? Saya mengharapkan ada tindakan susulan dari pihak tuan berhubung aduan saya. Saya sertakan resit bukti belian saya di restoran tersebut untuk rujukan pihak tuan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Amlaki Bin Abdul Mubin
019-689 7177
13/07/2017
Batu Berendam, Melaka

Kesilapan Kakitangan KFC Cheng Melaka

Zamzuri Send email
 
Jul 2, 2017

Saiz ayam KFC terlalu kecil has makin mahal

Kecewa keluarga besar. Berbelanja di KFC dapat ayam saiz sangat kecil. Duit habis banyak dapat ayam kecil. Makan pin tak puas.dulu. Saiz ayam besar. Apatah jadi.
Zamzuri Send email
 
Jul 2, 2017

Kecewa saiz ayam KFC kini sangat kecil tetapi harga makin mahal

Saya amat kecewa dan berasa sangat rugi bila bawa keluarga yang besar apabila menghabiskan duit yang agak banyak di KFC sepanjang kami di perjalanan . Maklumlah banyak kedai tutup kreativiti raya.

Bila kami oder set ayam KFC kini ia makin kecil. Makan memang tak puas. Kenapa kecil sangat? Bila di nilai saiz ayam dengan nilai set yang ditawarkan saya membayangkan ini adalah bukan daging ayam . Saiznya sebesar daging burung merpati sahaja.

Saya mat perasan penurunan saiz awam ini apabila saya di selangor dan negeri sembilan.

Janganlah kecil sangat. Rugi kami sebagai pembeli. Nak brlanja keluarga di KFC bukan suatu yang mudah. Kali terpaksa berbelanja lebih dan keluarkan duit yang banyak . Lebih lagi keluarga pun besar.

Amat berharap KFC dapat membesarkan saiz ayam. Sebagaimana saiz keluar ayam di pasar. Ia ditentukan mengikut saiz AA...A...B...C...D....E
Pastikan saiz ayam yang dijual cukup besar dan tak rugi pembeli.jangan fikir kuantiti sahaja. Walhal saiz sangat kecil KFC dapat makan daging kami dzpat tulang.

Pastikan KFC dan pengguna sama sama untung.pengguna dapat kepuasan KFC dapat keuntungan tapi tidak menindas kami sebegini.


Mohon tindakkan dan perhatian
socasnov Send email
 
Jul 1, 2017

Kelakuan pekerja

Saya ingin meluahkan rasa terkilan berhubung insiden yang berlaku baru-baru ini di media sosial dipercayai melibatkan seorang petugas KFC di outlet Saratok, Sarawak. Viral di kalangan penduduk setempat berkenaan satu komen yang telah dimuatnaik oleh individu berkenaan (menggunakan nama akaun Hazalina Abong) yang ditulis dalam bahasa Iban berbunyi:

"Tegelincir ba pintu blkng kfc kitai...nyk lh gara2 bla babi braya ko makai kfc...."
Terjemahan: "Saya tergelincir di pintu belakang KFC kami gara-gara puak babi yang sedang menyambut hari raya dan ingin makan di KFC"

Daripada komen-komen berikutnya, individu berkenaan dipercayai mengeluarkan kenyataan tersebut lantaran tidak berpuas hati kerana pelanggan yang berkunjung ke outlet berkenaan pada waktu ini sedang meningkat bersempena sambutan Hari Raya, dan disebabkan hal ini mereka terpaksa menutup operasi lebih lewat berbanding kebiasaan. Sebagai pelanggan setia KFC outlet berkenaan, saya merasa amat terkilan membaca kenyataan seperti ini. KFC Saratok bukanlah outlet yang sibuk pada kebiasaannya, malah jumlah pelanggan hanya akan meningkat pada musim perayaan atau sekiranya terdapat pesta keramaian diadakan di sini. Jadi mengapakah individu tersebut sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa? Pada pendapat saya, kenyataan tersebut bukan sahaja menghina pelanggan yang datang malah dikhuatiri boleh menimbulkan isu perkauman di kalangan penduduk setempat. Selain itu, kredibiliti individu lain yang bertugas di outlet sama juga boleh tercalar dan secara tidak langsung akan memberi impak kepada hasil jualan outlet berkenaan.

Pada pendapat saya, pihak KFC perlu lebih peka dalam memantau kualiti perkhidmatan pekerja. Bertugas sebagai frontline di sebuah restoran franchais bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat standard kualiti yang perlu dipatuhi. KFC perlu lebih teliti dalam pemilihan bakal pekerja yang akan ditugaskan untuk menguruskan sesuatu outlet dan memastikan agar bakal-bakal petugas mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, profesional dan bebas daripada sikap perkauman. Saya berharap KFC memandang serius perkara ini, dan semoga insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada masa-masa akan datang.

Terima kasih.

Kelakuan pekerja

Latha Send email
 
Jul 1, 2017

Poor service and rude staff

Your outlet at Japan Ipoh baru 3 sucks, I ordered three breakfast sets. It was 9.45 am , no other customers were around, may be one only. The counter staff, an Indian girl let us walk out with incomplete sets. I already drove away for some distance before realising that she did not include the hash brown in the bags . When I came back , she said " u left before I gave the hash brown to you". But when I asked for it, she said it's still being fried. What service is this???? Then I was very upset and told to work on it quicker, she raised her voice and said" do want me to give them to you without being dried?" Is this how front line customers are being trained at KFC?? There was not a single word of apology . After further delay, I got the hash brown . Your manager was just sitting duck there, just watching everything
syerazambri Send email
 
Jun 28, 2017

Servis Slow (purata 1 customer 20 min)

assalamualaikum.. pada jam 9.15pm 28/7/17 sy telah pergi KFC Teluk Cempedak untuk membuat pesanan makanan. Semasa berurusan di kaunter tersebut saya telah berurusan dengan seorang Staf kaunter bernama ADIBAH, saya amat kecewa dengan servis oleh pekerja tersebut kerana terlalu lembap dan slow. saya boleh lihat perbandingan beliau menguruskan pelanggan dengan kaunter bersebelahan yg hanya mengambil purata 5 min untuk menyiapkan satu-satu pesanan daripada pelanggan manakala beliau perlu mengambil masa selama 20min. apa yang saya dapat lihat disini beliau terlalu banyak berborak dan mengganggu pekerja lain yang sedang tekun melakukan kerja untuk berborak dengan beliau sedangkan pelangan masih ramai di kaunter beliau. beliau juga tidak efisyen dalam kerja, melakukan kerja dengan lembap dan tidak mampu merancang perjalanan kerja dengan baik bagi memastikan kerja yg dijalan siap dengan cepat. untuk pengetahun sy juga bekas pekerja F&B dan saya memahami tugas beliau dan sepatutnya beliau boleh melakukan kerja dengan lebih efektif !! Saya mohon pihak KFC untuk memantau staf ini dan memberikan latihan secukupnya kepada beliau. sekian terima kasih.
nizz Send email
 
Jun 28, 2017

Tak boleh tukar menu

Masalah tak boleh tukar menu bila dah punch harga. KFC stire cawangan Bandar Country Homes, tak bg customer tukar menu, padahal belum bayar. Alasannya, sistem tak boleh tukar kalau dah punch. Bila di tanya Kalau customer nak cancel order, siatem tak bileh cancel. Apa punya bodoh punya sistem. KFC Malaysia, sila buat pembaikan pada sistem ya. Zaman dah moden, macam2 boleh buat. Jangan perbodohkan customer.
nurfazila Send email
 
Jun 27, 2017

Servis terlalu slow

Kfc untuk pekerja bernama shafika dia awana kijal terlalu slow dan bergurau semasa berkerja.. Pelanggan terpaksa menunggu sehingga 1/2 untuk pelanggan yang sedikit... Tidak memuaskan..
Azreen Send email
 
Jun 20, 2017

Mashed potato expired

Mashed potato yg diberi telah busuk..
makanan yg dipesan juga tidal diberi.
KFC cawangan Batu 4 PORT DICKSON.

Mashed potato expired

Sakinah Nazri Send email
 
Jun 18, 2017

Servis

Saya ingin membuat aduan layanan yang tidak mesra oleh pekerja di KFC Bandar Puteri Jaya, Sg Petani. Saya sering drive thru di KFC cawangan BPJ ni namun sering kali kecewa dengan servis yang diberikan. Tiada langsung ucapan TERIMA KASIH malah melayan kami sebagai pembeli ni seperti peminta sedekah. Sedangkan kami bayar dan punca rezeki mereka juga dari pembeli. Tanpa pembeli yang sabar dgn layanan buruk mereka, KFC cawangan tersebut tidak maju dan mereka pasti akan diberhentikan utk pengurangan kos. Diharapkan pihak management train staf sebaiknya. Jangan layan kami macam sampah. Kereta depan kami pakai kereta volvo besar boleh pula cakap terima kasih...kami juga manusia dan tidak semestinya kami pakai kereta biasa ni tak mampu nak beli KFC...

Complaint Registration Form

    Information of the Company you are complaining about
    Subject of Complaint
    City (optional)
    Complaint Details
    Attach photos (optional)
    Confirmation code

    Submit

         
     

    User Registration

    Already a Complaint Board member? Log in now.
    Username:
    E-mail address:
    Password:
    Code:
    or connect with Facebook

    User Registration

    A confirmation email was sent to "".
    To confirm your account, please click the link in the message.

    If you don't see the email in your Inbox, please check your Spam box.

    User Login

    Not a member of Complaint Board? Register now.
    E-mail address:
    Password:
    Forgot your password?
    E-mail address:
    Back
    Loading, please wait...
    Your password has been sent to the specified email address. Log in
    or connect with Facebook

    User Facebook Login

    Enter Username